Thursday, January 22, 2009

Indahnya Islam

Subhanallah! Islam itu agama yang indah. Betapa untungnya kita sebagai perempuan. :) Meh sama2 usaha jadi isteri yg solehah. doakan i akan tergolong dalam golongan isteri yang solehah

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Wednesday, January 21, 2009

Innershine & Folic acid

penah try makan innershine x? i br seminggu makan this product and what i can conclude is... ITs YUMMILICIOUS!... i took both, innershine prune and also innershine berry.
ini pon masuk dalam senarai yang diwajibkan oleh MyZakwan. Antara sebab2 i amik innershine ini adalah:
- nak kawen (ahaha so nak kena nampak chantek!) silala muntah..
- nak melengkapkan segala nutrien yang x cukup dalam badan.
- malas nak makan banyak2 vitamin. so amik je sebotol malam n sebotol pagi. n x yah amik dah vit A, C & E
-nak serlahkan kecantikan dari dalaman ahahaha. siyes. muntahlah untuk kenyataan di atas. Eh! seblah kot?

so perubahan yang nampak dalam masa seminggu ni so far positive and i plan to continue using it until wedding day. Selain innershine ni, i pon dh start makan folic acid. Yes! Folic acid... ehehe usually, pregnant mommies yang start amik this pills. but nowaday, they advice ladies yang nak kawin start amik this pills to prepare your body especially your uterus/womb correct me if im wrong.
these are some info yg i dapat from wikipedia:

"Folic acid is an important nutrient for women who may become pregnant. Adequate folate intake during the periconceptional period, the time just before and just after a woman becomes pregnant, helps protect against a number of congenital malformations including neural tube defects.[9] Neural tube defects result in malformations of the spine (spina bifida), skull, and brain (anencephaly). The risk of neural tube defects is significantly reduced when supplemental folic acid is consumed in addition to a healthy diet prior to and during the first month following conception.[10][11] Women who could become pregnant are advised to eat foods fortified with folic acid or take supplements in addition to eating folate-rich foods to reduce the risk of some serious birth defects. The most notable birth defects that occur from folate deficiency are neural tube defects. Taking 400 micrograms of synthetic folic acid daily from fortified foods and/or supplements has been suggested. The Recommended Dietary Allowance (RDA) for folate equivalents for pregnant women is 600-800 micrograms, twice the normal RDA of 400 micrograms for women who are not pregnant.[12]
Recent research has shown that it is also very important for men who are planning on fathering children, reducing chromosomal defects in their sperm.[13]" source: wikipedia

Tuesday, January 20, 2009

wedding preparation

wahh.. sangat la penat. we have less than 2 months to prepare for wedding. for my side, alhamdullillah, semuanya almost ready. utk seblah lelaki.. humm. sila la jawab ye en zakwanku. well, seblah lelaki x meriah sangat bcoz his mom x terima sangat lagi dia masuk islam so secara automatic diorang x terima menantu islam dalam family dia. But his dad is cool, dia akan pujuk and slow talk ngn mama zakwan so that dia boleh accept our marriage. Xpe. Kitorang anggap semua ni as dugaan. Walaupun kadang2 hati terasa tapi bila mama zakwan offer utk buat small reception, i rasa bersyukur sangat2. smoga papa n mama SP terima i dalam family diorang. We will prove to orang2 yang x nak tgk kitorang bersama that kitorang will make it happen. Please pray for us k. Orang2 lain mungkin x face the problem bila nk kawin, but for us we take it as challenge and in fact those thing makes our love stronger. Zakwan will go to offshore back this feb for 1 month! hahah. yes for 1 month! meaning he will only come back to M'sia on March. So good luck for us!