Monday, September 3, 2012

The best Disposable baby diaper

Im a mother of 2 son. Both babies( dah toddler pn sebenarnya) memang kuat minum! kalo x percaya tgk size diorang! So we need a very good diaper. dari baru lahir memang dowang pakai Mamypoko and brand ni memang superb. Memang puas hati sangat2!.
Ada satu masa ni, we went for family trip to perth, for about 1 week. so dengan yakinnya i convince my husband bawak 1 jumbopack of mamypoko je. ahahah. end up x cukup and kena beli kat sana. kalo x salah brand dryp**s. dryp**s kat sana lain skit dari kat malaysia. macam Lebih elok la kualiti.
Seelok2 kualiti pn mmg x boleh lawan mamypoko, end up, every 2 hours kene tuka. Tu pon still develop rashes. aiyoyoy. ahahah. en husband mmg bising gile la. kuang2.So mmg kitorang came out with a conclusion yang anak2 kitorang serasi dengan brand ni and my husband dah warn toksah gatai2 nak tukaq brand (slang kedah)
Tapi overall mmg Mamypoko is the best diaper i rasa. worth every cents u spend. Harga dia agak mahal sikit la compare tu other brand, tapi untuk si keselesaan si manja, apa salahnya mommy daddy berbelanja lebih kan?furthermore, kedai2 macam tesco, Giant, Carrefour and Jusco slalu buat sale. kena rajin sikit la kan?
eheheh.
Lagi satu product dia mamypoko easy fit pants. Ni mmg a gift from heaven. You know how lasak 1 baby boy could be, just imagine i have 2 healthy jumping here and there little boy. ahahaha. so most of the time, mmg easy fit pants ni jadi penyelamat, especially waktu keluar jalan2, travelling. ehehe.
So mummies out there, please try Mamypoko and compare with other brand that you're using. Then share the difference!

ps: This is not a paid post :p

Wednesday, August 29, 2012

Cara SOlat Dhuha Ringkas

Salam All,
lamanya x berblogging. saja nak berblog pasal solat dhuha ni, bukannya apa, just utk rujukan sendiri.
Solat Dhuha ni salah satu solat sunat yang elok diamalkan. Kebaikan Solat sunat Dhuha:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ 

صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى


 Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

Cara mudah mengerjakan solat Dhuha:

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12

Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah




Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaanitu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.